Thursday, January 28, 2010

Izin Bukan Bererti Redha

Disiarkan pada Jan 24, 2010 dalam kategori Akidah

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin.

Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76).

Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada Allah.

Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka.

Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.

Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan.

Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”.

Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.

Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.

Sebab itu dalam al-Quran Allah gunakan perkataan masyiah atau kehendak dan dalam masa yang sama ada perkataan redha. Manusia menjadi beriman dan kufur adalah dengan kehendak atau izin Allah. Jika Allah tidak izin atau kehendak, maka tiada satu perkara pun yang boleh berlaku di alam ini.

Namun bukan semestinya apa yang Allah izinkan berlaku itu, Allah meredhainya. Firman Allah: (maksudnya)

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat 8).

Allah menyesat sesiapa yang Dia Kehendaki kerana mereka memilih kesesatan, demikian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang ingin memilih petunjuk. Itulah peraturan alam yang Dia Maha Pencipta lagi Maha Adil tetapkan. Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.

Apabila kekufuran atau kemaksiatan atau kesesatan itu berlaku bukanlah Dia redha atau sukakan kekufuran sekalipun berlaku dengan izin atau kehendakNya. FirmanNya: (maksudnya) “Kalaulah kamu kufur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak memerlukan kamu; dan Dia tidak redha untuk hamba-hambaNya kekufuran; dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya untuk kamu..(Surah al-Umar, ayat 7).

Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan makhluk. Namun untuk mendekatkan faham, demikian insan dalam hidup ini mestilah dibezakan antara keizinan dan keredhaan. Dalam perjanjian Hudaibiyyah Nabi s.a.w dan Musyrikin Quraish Mekah, baginda ingin agar kepala perjanjian itu ditulis dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim.

Namun wakil Quraish, Suhail bin ‘Amr tidak bersetuju. Dia mahu supaya ditulis seperti kebiasaan Quraish dalam menulis perjanjian iaitu BismikaAllahumma (Dengan NamaMu Ya Allah). Nabi s.a.w bersetuju dan mengizinkannya, walaupun hakikatnya baginda tidak redha demikian. Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanir rahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanir rahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.

Saya jelaskan noktah perbezaan ini untuk mengelakkan tuduh-menuduh sesama umat Islam dalam banyak perkara. Isu nama Allah umpamanya, menjadi tegang dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga ada yang tuduh menuduh dengan kufur dan sesat. Ada yang menyatakan pihak yang membiarkan penggunaan nama Allah dalam kalangan bukan Islam bererti telah redha dengan kekufuran. Maka sesiapa yang redha dengan kufur, maka dia pun turut kufur.

Kesimpulan yang seperti itu tidaklah tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Umat Islam yang membiarkan Kristian menggunakan nama Nabi Isa dan Maryam di tempat ibadah mereka bukan bererti selama ini kita meredhai mereka mensyirikkan Allah dan mempergunakan nama Nabi Isa a.s. yang wajib kita imani itu.

Ini bukan soal redha atau tidak, tetapi soalnya apakah kadar hak mereka yang hendak atau boleh kita izinkan. Di situ perbincangannya. Kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju mereka guna nama Allah. Saya tidak mahu membincang isu tersebut di sini. Namun saya tidak dapat terima untuk kita cepat mengkafirkan sesama sendiri. Kita tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang, bukan dengan kafir-mengkafir sesama muslim.

Hati-hati wahai pembaca, ramai orang di dunia ini yang sering memutar belitkan ayat dan kalimat orang lain, lalu menyalahtafsirkan mengikut kehendaknya supaya dia dapat menghukum orang yang dimusuhinya. Setiap kita akan berdiri di hadapan Mahkamah Allah di Hari Kiamat, maka bersikap adillah!

Wednesday, January 27, 2010

Kisah dan teladan

Satu kisah yang dibaca dari internet untuk dikongsi bersama.
Kisah Teladan : Jgn Lupa Nikmat Allah & Hargai pemberian org tua

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..


Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anakterkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan... dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguamayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikansegala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...didalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...

Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Buat renungan kiter semua

Notis

Untuk perhatian semua pelanggan-pelangan Restoran Ikan Bakar Sri Lagenda.
Restoran akan ditutup buat sementara selama 2 hari iaitu 28 Jan dan 29 Jan 2010 ( Khamis dan Jumaat ) kerana tukang masak bercuti 2 hari. Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada 30 Jan 2010 ( Sabtu ).

Saturday, January 16, 2010

Kisah Tikus Panjat Tiang

Kisah yang saya pernah baca dan rasa menarik untuk dikongsi bersama semua.

Di dalam sebuah hutan wujud negara tikus yang terdiri pelbagai golongan tikus yang hidup dengan aman damai dan bersatu padu,yang diperintah dengan adil oleh raja tikus,

Pada suatu hari,raja tikus telah bermesyuarat dengan para menterinya mengenai waris atau pengganti dirinya untuk menjadi raja kerana raja tikus ini sudah uzur dan tidak mempunyai anak,oleh itu satu keputusan telah dibuat,mereka akan mengadakan satu pertandingan memanjat tiang dan pemenangnya akan menjadi pengganti raja,

Berita mengenai pertandingan ini telah tersebar luas dan banyaklah tikus yang ingin menyertainya kerana ingin menjadi raja.

Pada hari pertandingan,banyaklah tikus yang hadir,dan terdapat juga tikus yang hadir sekadar menjadi penyokong sahaja.Pertandingan pun bermula,tikus-tikus pun mula memanjat tiang.

Tetapi disebabkan tiang itu terlalu tinggi dan licin maka banyaklah tikus yang jatuh dan tidak berjaya mencapai puncak tiang tersebut,oleh itu banyak tikus telah menarik diri kerana sudah keletihan dan tidak mempunyai tenaga lagi.

Namun,masih terdapat seekor tikus yang masih berusaha untuk memanjat tiang tersebut,penonton yang hadir mula mengejek tikus itu apabila melihat tikus tersebut masih meneruskan usaha memanjat tiang itu,setiap kali tikus tersebut jatuh maka makin kuatlah sorakan dan ejekan penonton,

Tikus tersebut masih teruskan usahanya dan akhirnya sesuatu yang di luar jangkaan berlaku...tikus tersebut akhirnya berjaya memanjat tiang itu,tikus itu berjaya!!!

Penonton yang tadinya bersorak dan mengejek tikus tersebut terdiam apabila melihat tikus tersebut mencapai puncak dan mengambil sapu tangan yang diikat di hujung tiang tersebut sebagai bukti kejayaannya memanjat tiang tersebut.

Apa yang lebih istimewanya lagi mengenai tikus tersebut ialah tikus itu pekak,dan disebabkan itulah semasa penonton mengejek tikus itu,dia masih meneruskan usahanya kerana dia TIDAK DENGAR APA-APA,oleh itu usahanya begitu fokus dan tidak terpengaruh dengan perkara-perkara negatif...

Tikus itu akhirnya berjaya menjadi raja dan negara tikus terus kekal aman damai...

Perbuatan/sifat kita adalah seumpama pokok.

Satu lagi kisah yang patut dikongsi bersama.

Terdapat sebuah kisah di mana seorang guru dan anak muridnya keluar berjalan,semasa di dalam pengembaraan itu,guru tersebut telah menyuruh muridnya mencabut sebatang anak pokok yang masih kecil dan murid tersebut mudah mencabutnya dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja,mereka kemudiannya meneruskan lagi perjalanan mereka,

Semasa di peringkat pertengahan perjalanan, mereka berjumpa pula dengan sebatang pokok yang agak besar sedikit berbanding pokok yang mereka jumpa tadi,guru tersebut menyuruh anak murinya mencabut pokok tersebut,murid itu berjaya mencabutnya setelah bersusah payah dengan hampir menggunakan semua tenaganya,lalu guru dan murid tersebut meneruskan lagi perjalanan mereka,


Guru dan murinya kemudian bertemu dengan sebatang pokok yang besar (katakanlah pokok balak)lalu guru tersebut menyuruh anak muridnya mencabut pokok tersebut tetapi muridnya menjawab bahawa adalah mustahil untuk dirinya mencabut pokok yang sebesar itu,

Lalu gurunya itu berkata,

Sifat atau perbuatan kita adalah seperti pokok yang kita temui sepanjang perjalanan tadi,ianya adalah mudah untuk dicabut/dibuang dengan mudah sekiranya masih kecil namun apabila ia semakin membesar pokok/sifat itu masih boleh dicabut/dibuang tetapi memerlukan tenaga atau usaha yang kuat untuk dilakukan tetapi apabila pokok/sifat tersebut menjadi begitu besar ianya adalah mustahil untuk dicabut atau dibuang kerana ianya telah bertumbuh dan hidup subur dengan lamanya dalam diri kita,

Jadi berhati-hatilah dengan sikap atau tabiat kita kerana ianya akan membesar dan tumbuh,hidup dalam diri serta jiwa kita.

Oleh itu,ingatlah bahawa sifat dan tabiat kita merupakan cermin yang menggambarkan siapa kita.

Thursday, January 14, 2010

Kerana yakin, maka…

“Atas sebab itu, berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan”-Al-Maidah, 48.

Di medan pertempuran Badar, Rasulullah SAW pada suatu ketika duduk berehat di dalam khemah bersama para sahabat yang lain. Pada ketika itu, baginda SAW memberikan kata-kata pembakar semangat perjuangan kepada para sahabatnya dan bersabda, “Wahai para sahabatku, bangunlah dan berlumba-lumbalah kalian di antara satu sama lain-untuk memasuki syurga yang luasnya seumpama langit dan bumi, disediakan bagi hambaNya yang bertakwa!”

Setelah mendengar kata-kata Rasul SAW, Umair bin Al-Hamam r.a dengan semangat yang terpacu segera bangun dan berseru, “Bakh! Bakh!” (Alangkah indahnya! Alangkah indahnya!)

Mendengarkan yang demikian, baginda SAW lantas bertanyakan apakah maksud seruannya itu. Beliau menjelaskan, “Wahai Rasulullah, saya ingin menjadi salah seorang daripada mereka yang dijanjikan dengan syurga!” Baginda SAW bersabda, “Tinggallah kamu dengan jaminanku (Engkau telah kujamin) wahai Umair, bahawa kamu adalah salah seorang daripada mereka.”

Kemudian Umair SAW mengeluarkan segugus kurma dari dalam begnya dan menjamahnya. Tatkala sedang dalam kelazatan menjamah, beliau tiba-tiba berkata, “Untuk menunggu sehingga kuhabiskan kurma ini tentu sekali memakan masa. Tidak. Aku tidak harus melakukan yang sedemikian.” Lantas beliau membuang gugusan kurma tersebut dan menghunus pedangnya serta menapak langkah demi langkah waja ke medan perang. Keyakinan terhadap janji-janji NabiNya membuat beliau begitu bersemangat dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir, dan gugur di medan perang-dengan hormat menyandang gelaran ‘syahid’ sepertimana yang diimpikannya.



Sesungguhnya, insan-insan seperti inilah yang menghargai nilai syurga dan jaminan NabiNya lantaran hatinya terpasak dengan apa yang kita namakan sebagai ‘Yaqeen’ (keyakinan). Kemurnian hati dalam menjalankan tugas dan mengenepikan apa yang dianggap sebagai perkara yang tidak penting dan mengutamakan agama dalam kehidupan merupakan antara sifat yang sepatutnya dijadikan teladan dan ikutan kita, tambah-tambahan lagi dalam menghadapi hidup yang serba kompleks di zaman ini.

Petikan dari inspirasi@iluvislam.com.

Tuesday, January 5, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam. Selamat tahun baru kepada semua. Dah lama tak update blog ni. Sekarang sibuk sangat dengan kerja dan menguruskan anak-anak yang baru masuk sekolah semula selepas cuti akhir tahun. Anak yang sulung selepas balik sekolah kena hantar KAFA pulak, sampai pukul 5 baru balik. Ini belum hantar ke kelas tuisyen lagi. Kalau hantar ke tuisyen lagi packlah masa dia. Nak buat macamana ye budak-budak sekarang..Terpaksalah kita buat macam tu untuk masa depan dia juga. Ilmu pengetahuan tu..lah harta dia. Nak tinggal harta benda dah tak mampu..
Ada satu peluang nak bagitau kalau ada sesapa yang nak kerja di kedai makan, berminat nak jadi tukang masak ke.. pembantu kedai ke..Cuba-cubalah mohon. Kedai tu di Taman Sri Lagenda, Padang Serai, Kedah. Sesapa yang berminat dan tinggal di kawasan tu bolehlah mohon. Tuanpunya kedai belum dapat buka kedai sebab tak ada pekerja. Jadi jawatan-jawatan ni kira urgentlah.Senang je keja tukang masak tu cuma masak gulai kosong dengan goreng ikan. Sorang lagi buat air. Sesapa yang berminat bolehlah contact no. phone 019-4772905.