Tuesday, April 27, 2010

Tabiat yang meningkatkan umur lebih 12 tahun.

Bad habits can age you by 12 years, study suggests

By LINDSEY TANNER, AP Medical Writer - Mon Apr 26, 6:26 PM PDT
CHICAGO - Four common bad habits combined — smoking, drinking too much, inactivity and poor diet — can age you by 12 years, sobering new research suggests.

Deepak Chopra on Keeping Your Kids off Drugs
Related Articles
· Charity slams EU-India trade talks over generic drugs access (AFP)
· Charity slams EU-India trade talks over generic drugs access (AFP)
· Deepak Chopra on Keeping Your Kids off Drugs
All Related Articles »
addiction HOME »
Related Topics
Depression
Mental Health
Stress
FILE - In this Tuesday, June 3, 2008 file photo, an employee takes a drag on a cigarette at Morgan's Place bar and restaurant in Harrisburg, Pa. Four common bad habits combined — smoking, drinking too much, inactivity and poor diet — can age you by 12 years, sobering new research suggests. (AP Photo/Carolyn Kaster, File)
The findings are from a study that tracked nearly 5,000 British adults for 20 years, and they highlight yet another reason to adopt a healthier lifestyle.
Overall, 314 people studied had all four unhealthy behaviors. Among them, 91 died during the study, or 29 percent. Among the 387 healthiest people with none of the four habits, only 32 died, or about 8 percent.
The risky behaviors were: smoking tobacco; downing more than three alcoholic drinks per day for men and more than two daily for women; getting less than two hours of physical activity per week; and eating fruits and vegetables fewer than three times daily.
These habits combined substantially increased the risk of death and made people who engaged in them seem 12 years older than people in the healthiest group, said lead researcher Elisabeth Kvaavik of the University of Oslo.
The study appears in Monday's Archives of Internal Medicine.
The healthiest group included never-smokers and those who had quit; teetotalers, women who had fewer than two drinks daily and men who had fewer than three; those who got at least two hours of physical activity weekly; and those who ate fruits and vegetables at least three times daily.
"You don't need to be extreme" to be in the healthy category, Kvaavik said. "These behaviors add up, so together it's quite good. It should be possible for most people to manage to do it."
For example, one carrot, one apple and a glass of orange juice would suffice for the fruit and vegetable cutoffs in the study, Kvaavik said, noting that the amounts are pretty modest and less strict than many guidelines.
The U.S. government generally recommends at least 4 cups of fruits or vegetables daily for adults, depending on age and activity level; and about 2 1/2 hours of exercise weekly.
Study participants were 4,886 British adults aged 18 and older, or 44 years old on average. They were randomly selected from participants in a separate nationwide British health survey. Study subjects were asked about various lifestyle habits only once, a potential limitation, but Kvaavik said those habits tend to be fairly stable in adulthood.
Death certificates were checked for the next 20 years. The most common causes of death included heart disease and cancer, both related to unhealthy lifestyles.
Kvaavik said her results are applicable to other westernized nations including the United States.
June Stevens, a University of North Carolina public health researcher, said the results are in line with previous studies that examined the combined effects of health-related habits on longevity.
The findings don't mean that everyone who maintains a healthy lifestyle will live longer than those who don't, but it will increase the odds, Stevens said.
___
On the Net:
Archives: http://www.archinternmed.com

Saturday, April 10, 2010

Friday, April 9, 2010

Promosi!!! promosi !!!


Promosi giler giler .. Boleh pi try ronda kat tempat lain kalau boleh dapat harga murah macam ni.. Harga tokey lari . Ikan boleh tukar dengan ikan bakar atau lain-lain masakan . Mai pakat mai ramai-ramai.. rugi kalau tak try..
adios..

Friday, April 2, 2010

Tinggal Kenangan : Allahyarham Din Beramboi

Petikan dari MyMetro 2010/04/02
Jenazah Din Beramboi dikebumi sebelum solat Jumaat
2010/04/02

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir kesemua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir. "Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.

"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya kepada Bernama di Hospital Selayang di sini hari ini. Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lalu selepas kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah. Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal. Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era. Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan. "Beliau adalah insan pertama yang 'pergi' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau. "Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana. - Bernama

Din Beramboi meninggal
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Izwan Mohamad Danam@hmetro.com.my2010/04/02

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi (gambar) disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi.Adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anaknya, Nil Aina Adibah, 17, Mior Syafiq, 12, dan Nir Ain, di hospital itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Turut berada di sisi Allahyarham ialah anggota keluarga terdekat dan tiga rakan artis, Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Shariffudin berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini.
Allahyarham atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.
Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.
Arwah hanya dibawa ke Hospital Selayang selepas keadaannya semakin kritikal Isnin lalu sebelum dimasukkan ke ICU.
Selain menjadi penyampai radio, Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak, baru-baru ini.
Allahyarham tercalon dalam top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) buat pertama kali yang akan diadakan Ahad ini bagi kategori penyampai radio lelaki popular, Harian Metro kelmarin melaporkan Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke ICU kerana menghidap denggi berdarah.
“Dia mengalami pendarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya.
Sementara itu, isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, dilaporkan berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai ABPBH 2009.
Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.
“Dia berkata mahu meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka ke Genting Highlands,” katanya.

Wednesday, March 24, 2010

Artikel : Kaedah Umum didik anak- lelaki & perempuan.

Sedar tak sedar dah tiga minggu saya tak update blog ini. Sibuk sangat dengan komitmen-komitmen yang perlu diberi perhatian.. Malam ni baru sempat nak update. Itupun sebab ada artikel menarik yang ingin saya kongsi bersama semua. Artikel yang die-mail seorang kawan. Diharapkan dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran kepada semua.

Subject: [sim] ARTIKEL : Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan






PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com/
Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan

Assalamualaikum warahmatullah,Akhir-akhir ini kita disajikan dengan kisah anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa sendiri. Si Tanggang versi moden ini tegar menginggalkan ibu/ayah tua di pusat dialysis, perhentian bas, rumah orang tua dan sebagainya. Mengapa anak-anak zaman sekarang tidak tahu dan tidak mahu mengenang budi ibu dan ayah yang telah banyak menabur jasa dan bersusah-payah membesarkan anak-anak sehingga anak-anak ini dapat hidup dengan selesa dan sempurna?Tidak dapat kita nafikan, ada kalanya kita fikir ibu dan ayah tadi telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, mungkin ini sudah takdirnya diuji begitu. Tetapi benarkah ibu bapa sudah memberikan didikan yang sempurna didikan kepada anak-anak? Saya percaya, jika anak-anak diberi didikan yang cukup mantap dalam agama, insya Allah, kisah si Tanggang moden ini dapat kita minimumkan. Mari kita refresh didikan asas untuk anak-anak dan kenal-pasti kelemahan yang masih kita perbaiki.Dari segi prinsip dan perkara pokok dalam didikan, mendidik anak lelaki dan anak perempuan sama saja. Tanggungjawab ibu bapa Mukmin dalam soal ini ialah memberi sebaik-baik didikan sebagaimana yang Allah dan Rasul kehendaki. Kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah – sama ada anak itu ‘menjadi’ atau tidak. Kerana setiap kita akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti berkenaan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan di pundak kita. Memberi didikan yang baik dan sempurna ini adalah hak paling utama bagi anak-anak yang wajib ditunaikan oleh ibu bapa.Kesedaran ibu bapa secara mendalam terhadap hak pendidikan anak-anak ini sangat perlu dan penting bagi memelihara zuriat dan keturunan mereka daripada kehinaan, kerendahan dan kejahilan. Untuk itu, ibu bapa perlu memahami paling tidak perkara yang dikira asas ilmu pendidikan itu sendiri. Dengan itu, tidaklah kita hanya menyerahkan bulat-bulat anak kita kepada sekolah dan guru-guru. [NB: Saya masih ingat lagi pada hari pertama saya menghadirkan diri ke sekolah anak pada awal tahun ini (anak sulong masuk Pra-sekolah) guru besar sekolah anak berulang-ulang kali berpesan dalam ucapan alu-aluannya, “Ibu bapa adalah guru pertama dan utama dalam setiap anak. Kami sebagai guru cuma pemegang amanah kedua selepas ibu bapa dan bertanggungjawab terhadap anak-anak dalam masa yang ditetapkan sahaja.” Maksudnya, guru cuma memegang amanah dalam lingkungan masa anak berada di sekolah sahaja, sepanjang waktu selain dari waktu sekolah adalah tanggungjawab mutlak ibu bapa anak-anak itu sendiri.]Dalam soal mendidik anak lelaki dan anak perempuan, kaedah yang digunakan ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus. Bila dikatakan kaedah umum, maksudnya ada kaedah pendidikan yang sama dikongsi anak lelaki dan anak perempuan. Kaedah khusus pula adalah kaedah yang hanya tertentu kepada anak lelaki atau anak perempuan sahaja – sesuai dengan fitrah, tanggungjawab dan peranan mereka yang berbeza.Kaedah umum dalam mendidik anak-anak, baik yang lelaki atau perempuan, meliputi perkara-perkara berikut:1. Mendidik iman dan akidah yang haka. Mengenalkan Allah – Lahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama yang didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah SAW, “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan La ilaha illallah.” (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)b. Mentaati Allah – Ini merupakan didikan iman paling asas selepas mengenalkan anak-anak kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)c. Tidak mensyirikkan Allah – Ini penting untuk membersihkan akidah anak, sebagaimana nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” Sehubungan itu, ibu bapa harus menanamkan pada jiwa anak-anak hakikat seluruh Rukun Iman yang enam dengan sebaik-baiknya. 2. Memberi nama yang elok dan melakukan akikahNama yang elok berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah, sabda Rasulullah SAW : “Setiap anak tergadai akikahnya dengan disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia dicukur dan diberi nama.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam yang empat)3. Mendidik asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan sehariannya. Antaranya:a. Hukum-hukum Islam yang lima (wajib, sunat, harus, haram dan makruh). b. Mendidik batasan pergaulan dan aurat – Ini termasuk memisah dan mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan. Sabda Rasulullah SAW : “….dan pisahkanlah tempat tidur mereka (setelah berusia 10 tahun).” (Hadis riwayat al-Hakim dan Abu Daud dari Ibnu Amr Ibnil ‘As r.a.)Rasulullah SAW menekankan soal pergaulan dengan sabdanya : “Hindarilah kamu dari bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita.” Anak juga mesti dididik dengan batas aurat terutama bila telah baligh.Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lalu Rasulullah SAW menegurnya: “Wahai Asma, apabila perempuan telah mencapai (sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang kecuali ini dan ini (baginda SAW menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak tangannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)4. Mendidik akhlak, adab dan budi pekertiIlmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan Allah dan sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita menghasilkan ‘buah’ yang masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Rasulullah SAW : “Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Rasulullah SAW bersabda lagi: “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)5. Mendidik anak tujuan dan matlamat hidup yang jelasAnak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari jalan kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak lain dan tak bukan ingin mendapat keredhaan Allah SWT berpedomankan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta manusia perlu ditanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak iaitu untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas dunia.6. Mewujudkan suasana yang solehUntuk melahirkan anak yang soleh, persekitaran tempat membesar dan tempat beraktivitinya juga kena ‘soleh’ (baik). Kena ada gabungan suasana ibu bapa yang soleh, rumah tangga yang soleh, guru-guru dan kawan-kawan yang soleh, bahan bacaan yang soleh dan paling penting sistem pendidikan yang soleh.Sabda Rasulullah SAW : “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga kamu dan didiklah mereka.” (Hadis riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur)7. Memberi dorongan dan perangsangDalam al-Quran, Allah SWT memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan balasan syurga seluas langit dan bumi. Janji-janji Allah ini hendaklah disemai di dalam jiwa anak-anak sehingga menjadi keyakinan dan pegangannya. Selain itu ibu bapa boleh memberi ganjaran dan kata-kata pujian dan kata-kata semangat di atas kejayaan dan kebaikan yang dicapai dan dilakukan oleh anak-anak.8. Hukuman dengan niat mendidikSetiap kesalahan anak-anak itu perlu diperbetulkan. Baru ia dapat mengambil pelajaran. Adakalanya dengan nasihat, teguran dan denda. Ada masanya dirotan dengan rotan yang tidak mencederakan.9. Pemberian (perbelanjaan, hadiah dan sebagainya)Pemberian kepada anak-anak hendaklah disamaratakan. Sabda Rasulullah SAW : “Sama-ratakan anak-anak kamu dalam pemberian. Maka sekiranya saya suka melebihkan seseorang, nescaya saya lebihkan perempuan.” (Hadis riwayat Imam at-Tabrani dan Khatib)Mungkin sesetengah kita kurang mampu memberi sepenuh didikan kepada anak-anak kerana kurang ilmu dan sebagainya. Di sini pentingnya anak-anak dihantar kepada guru yang lebih berkemampuan dan lebih berilmu. Itu pun, didikan yang asas tetap perlu bermula dari ibu bapa di rumah.Semoga bermanafaat dan semoga kita tetapi dilindungi dan dipelihara Allah SWT daripada menghadapi dugaan menderhaka dan diderhakai. Amiin.NB : Kaedah didikan dipetik dari Surau.townplan. gov.myCapaian entry berkaitan :
Mengelakkan anak dari menderhaka kepada ibubapa
Menangani disiplin remaja
Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
Wasiat LUQMAN AL-HAKIM
Kreativiti, imaginasi anak terhad akibat ditakutkan
Tazkirah: Didik remaja elak terjebak kancah zina
Tazkirah: Solat modul lengkap didik jiwa manusia
Mendidik Anak Tanggungjawap Bersama
Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik Anak
Didik anak mengikut usia
Bapa moden kurang berinteraksi
Didik anak satu cabaran
Jangan Perlekeh Peranan Bapa
Anda mungkin juga meminati:

Kain Putih Apa Coraknya?

Ajar dan didik - ajar atau didik?

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa

Azam mendidik anak

Konflik rumah tangga jangan biar anak tersepit

LinkWithin
KATEGORi: Keibu-bapaan -- ~ 睡眠不足のママ ~http://laman-seri.blogspot.com/http://little-kiosk.blogspot.com/Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤Firman Allah SWT :[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Hadis Rasulullah SAW:Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Friday, March 5, 2010

Renungan...

Luangkan sedikit masa untuk renungan kita.
salam.
( Bingkisan dari seorang kawan melalui email )
ثَوْبُ إِغْرَاءِ الشَّيْطَانِ

Bungkus Godaan Setan
يَقُوْلُ مُصْطَفَى اَلسِّبَاعِيُّ رَحْمَةُ اللهِ عَلَيْهِ

DR. Musthafa As-Siba’i rahimahullah berkata:
إِنِّيْ لاَ أَخْشَى عَلَى نَفْسِيْ أَنْ يُغْرِيْنِي الشَّيْطَانُ بِالْمَعْصِيَةِ مُكَاشَفَةً.. وَلَكِنَّيْ أَخْشَى أَنْ يَأْتِيَنِيْ بِهَا مُلَفَّعَةً بِثَوْبٍ مِنَ الطَّاعَةِ..

Saya tidak mengkhawatirkan diriku digoda oleh setan melalui maksiat secara terbuka… akan tetapi saya khawatir setan datang kepadaku dengan membawa maksiat yang dibungkus dengan baju ketaatan..
يُغْرِيْكَ الشَّيْطَانُ بِالْمَرْأَةِ عَنْ طَرِيْقِ الرَّحْمَةِ بِهَا.. وَيُغْرِيْكَ بِالدُّنْيَا عَنْ طَرِيْقِ الْحَيْطَةِ مِنْ تَقَلُّبَاتِهَا..

Setan menggodamu dengan wanita dengan alasan kasihan kepadanya … dan menggodamu dengan dunia dengan alasan agar tidak menjadi korban gonjang-ganjingnya..
وَيُغْرِيْكَ بِمُصَاحَبَةِ الأَشْرَارِ عَنْ طَرِيْقِ اْلأَمَلِ فِيْ هِدَايَتِهِمْ.. وَيُغْرِيْكَ بِالنِّفَاقِ لِلظَّالِمِيْنَ عَنْ طَرِيْقِ الرَّغْبَةِ فِيْ تَوْجِيْهِهِمْ..

Dan menggodamu untuk berkawan dengan orang-orang buruk dengan alasan demi memberi petunjuk kepada mereka dan menggodamu untuk bersikap munafik kepada orang-orang zhalim dengan alasan ingin mengarahkan mereka..
وَيُغْرِيْكَ بِالتَّشْهِيْرِ بِخُصُوْمِكَ عَنْ طَرِيْقِ اْلأَمْرِ بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيِ عَنِ الْمُنْكَرِ.. وَيُغْرِيْكَ بِتَصْدِيْعِ وِحْدَةِ الْجَمَاعَةِ عَنْ طَرِيْقِ الْجَهْرِ بِالْحَقِّ..

Dan menggodamu untuk mempublikasi keburukan lawan-lawanmu dengan alasan demi melakukan amar ma’ruf nahi munkar dan menggodamu untuk memecah belah jama’ah dengan alasan lantang menyuarakan kebenaran..
وَيُغْرِيْكَ بِتَرْكِ إِصْلاَحِ النَّاسِ عَنْ طَرِيْقِ الاِشْتِغَالِ بِإِصْلاَحِ نَفْسِكَ.. وَيُغْرِيْكَ بِتَرْكِ الْعَمَلِ عَنْ طَرِيْقِ الْقَضَاءِ وَالْقَدَرِ..

Dan menggodamu agar tidak memperbaiki orang lain dengan alasan sibuk memperbaiki diri sendiri dan menggodamu untuk tidak beramal dengan alasan ini sudah menjadi takdir..
وَيُغْرِيْكَ بِتَرْكِ الْعِلْمِ عَنْ طَرِيْقِ الاِنْشِغَالِ بِالْعِبَادَةِ.. وَيُغْرِيْكَ بِتَرْكِ السُّنَّةِ عَنْ طَرِيْقِ اِتِّبَاعِ الصَّالِحِيْنَ..

Dan menggodamu untuk tidak menuntut ilmu dengan alasan sibuk beribadah dan menggodamu untuk meninggalkan sunnah dengan alasan mengikuti orang-orang shalih..
وَيُغْرِيْكَ بِالاِسْتِبْدَادِ عَنْ طَرِيْقِ الْمَسْؤُوْلِيَّةِ أَمَامَ اللهِ وَالتَّارِيْخِ.. وَيُغْرِيْكَ بِالظُّلْمِ عَنْ طَرِيْقِ الرَّحْمَةِ بِالْمَظْلُوْمِيْنَ..

Dan menggodamu agar otoriter dengan alasan demi tanggung jawab di hadapan Allah dan sejarah dan menggodamu untuk berbuat zhalim dengan alasan demi memberikan kasih sayang kepada mereka yang terzhalimi..

Friday, February 19, 2010

Majlis perkahwinan adik bongsu.


Pada 16 Februari 2010 ( Selasa ) yang lalu satu majlis perkahwinan telah diadakan di rumah ibu bapa saya di Felda Lepar Utara, Maran, Pahang, perkahwinan adik bongsu saya, Rosmawati dengan Fazli, berasal dari Sandakan, Sabah.

Saya upload sebahagian daripada gambar-gambar majlis tersebut untuk tatapan semua.

Salah satu jenis hantaran.