“Atas sebab itu, berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan”-Al-Maidah, 48.
Di medan pertempuran Badar, Rasulullah SAW pada suatu ketika duduk berehat di dalam khemah bersama para sahabat yang lain. Pada ketika itu, baginda SAW memberikan kata-kata pembakar semangat perjuangan kepada para sahabatnya dan bersabda, “Wahai para sahabatku, bangunlah dan berlumba-lumbalah kalian di antara satu sama lain-untuk memasuki syurga yang luasnya seumpama langit dan bumi, disediakan bagi hambaNya yang bertakwa!”
Setelah mendengar kata-kata Rasul SAW, Umair bin Al-Hamam r.a dengan semangat yang terpacu segera bangun dan berseru, “Bakh! Bakh!” (Alangkah indahnya! Alangkah indahnya!)
Mendengarkan yang demikian, baginda SAW lantas bertanyakan apakah maksud seruannya itu. Beliau menjelaskan, “Wahai Rasulullah, saya ingin menjadi salah seorang daripada mereka yang dijanjikan dengan syurga!” Baginda SAW bersabda, “Tinggallah kamu dengan jaminanku (Engkau telah kujamin) wahai Umair, bahawa kamu adalah salah seorang daripada mereka.”
Kemudian Umair SAW mengeluarkan segugus kurma dari dalam begnya dan menjamahnya. Tatkala sedang dalam kelazatan menjamah, beliau tiba-tiba berkata, “Untuk menunggu sehingga kuhabiskan kurma ini tentu sekali memakan masa. Tidak. Aku tidak harus melakukan yang sedemikian.” Lantas beliau membuang gugusan kurma tersebut dan menghunus pedangnya serta menapak langkah demi langkah waja ke medan perang. Keyakinan terhadap janji-janji NabiNya membuat beliau begitu bersemangat dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir, dan gugur di medan perang-dengan hormat menyandang gelaran ‘syahid’ sepertimana yang diimpikannya.
Sesungguhnya, insan-insan seperti inilah yang menghargai nilai syurga dan jaminan NabiNya lantaran hatinya terpasak dengan apa yang kita namakan sebagai ‘Yaqeen’ (keyakinan). Kemurnian hati dalam menjalankan tugas dan mengenepikan apa yang dianggap sebagai perkara yang tidak penting dan mengutamakan agama dalam kehidupan merupakan antara sifat yang sepatutnya dijadikan teladan dan ikutan kita, tambah-tambahan lagi dalam menghadapi hidup yang serba kompleks di zaman ini.
Petikan dari inspirasi@iluvislam.com.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
1 week ago
No comments:
Post a Comment