Thursday, July 1, 2010

Tun Omar Ong Yoke Lin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tun Omar Ong Yoke Lin, 92, yang memainkan peranan penting dalam pencapaian kemerdekaan dan penubuhan Malaysia, meninggal dunia di sini hari ini kerana sakit tua.Menurut seorang pembantu kepada isteri beliau, Toh Puan Datin Paduka Hajah Dr Aishah, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di No. 44, Persiaran Duta pada jam 8.15 pagi.
Jenazahnya akan dikebumikan di Makam Pahlawan, sebelah Masjid Negara pada jam 4.30 petang ini.
Allahyarham adalah antara pemimpin utama yang memainkan peranan penting dalam arena politik negara sebelum dan selepas kemerdekaan.Beliau terbabit dalam penubuhan Perikatan antara UMNO dan MCA serta menyertai delegasi Perikatan yang diketuai Tunku Abdul Rahman untuk rundingan di London berhubung pencapaian Kemerdekaan pada tahun 1957.Allahyarham yang pernah memegang pelbagai portfolio dalam Kabinet juga antara mereka yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada 1963. - BERNAMA ( 1 Julai 2010 )

No comments:

Post a Comment